Mitos makanan haiwan #1: Adakah protein tinggi selalu yang terbaik?
Manakah Protein yang terbaik untuk kucing: Protein Haiwan atau Protein Sayuran?
Banyak pemilik haiwan, terutamanya pemilik kucing, percaya bahawa kucing hanya perlu makanan yang tinggi dalam protein. Selalunya, anda mungkin berfikir bahawa protein tinggi adalah yang terutama semasa membeli makanan haiwan. Membaca label nutrisi pada bungkusan makanan haiwan itu adalah satu cara yang terbaik untuk memeriksa kandungan protein dalam setiap hidangan, label nutrisi tidak memberikan gambaran komprehensif protein dalam makanan.
Kenapa tidak? Sebab protein boleh didapati daripada banyak sumber, seperti haiwan atau sayuran atau kekacang. Protein yang didapati daripada sumber yang berbeza tidak sama faedahnya dan tidak semestinya memenuhi keperluan pemakanan kucing.
Maka mana satu dapat memenuhi keperluan pemakanan kucing?
Untuk memenuhi keperluan nutrisi kucing, makanan itu perlu mengandungi asid amino penting, kerana badan kucing tidak dapat menghasilkan asid amino itu sendirinya. Bukan semua jenis protein mengandungi kandungan dan jenis asid amino yang sama. Protein yang didapati dari haiwan mengandungi kandungan asid amino yang lebih tinggi, protein yang didapati dari sayuran atau kekacang bukan sahaja tidak mengandung cukup asid amino yang diperlukan, ia juga mengandung anti nutrisi yang akan menyebabkan masalah pencernaan.
Bukan sahaja akan protein haiwan dengan kandungan asid amino yang tinggi dapat memenuhi keperluan pemakanan kucing, ia juga boleh elakkan kekurangan zat makanan untuk kucing atau masalah kesihatan yang lain. Protein haiwan adalah sumber protein yang paling sesuai untuk kucing. Ubah persepsi anda tentang protein tinggi dan mula memberikan makanan yang mengandungi protein haiwan untuk memenuhi keperluan pemakanan kucing anda sekarang.
Ketahui lebih lanjut tentang
Mitos Makanan Haiwan #2: Apakah maksudnya kandungan daging segar yang tinggi?